Jumaat, 3 Ogos 2012

Resepi Kuih Suji Pelangi

Hi! Saya nak tunjukkan resepi kuih suji pelangi. Hari tu saya pernah buat, sedapppp...:) Korang buat ikut resepi saya tau. Mesti sedap resepi saya tu. :D Selamat mencuba!

Bahan-bahan

  • 100 g minyak sapi (81/4 sb rata)
  • 50g gula icing (1/2 cwn rata dan kurangkan 1 sb rata)
  • 1/8 sb garam halus (secubit garam)
  • 200 g tepung gandum (11/3 cwn rata)
  • 20 g badam kisar halus atau kasar (Satu senduk besar)
  • Pewarna merah, kuning dan hijau
  • Secukup gula halus = untuk ditabur
  • secukup paper cup
Cara-cara

  1. Ayak tepung. Kemudian tepung gandum di panaskan dalam oven selama 10 min supaya garing dan enak.
  2. Masukkan minyak sapi, gula icing dan garam dikacau hingga sebati. Masukkan badam kisar dan kacau rata.
  3. Apabila tepung sudah panas, masukkan tepung sedikit2 sambil diuli hingga menjadi doh yang tak melekat pada tangan dan mangkuk.
  4. Jika doh masih melekik, tambah tepung secukupnya lagi.
  5. Bahagi doh kepada 3 bahagian dan warnakan merah, kuning dan hijau.
  6. Ambil secubit adunan dari pada ketiga2 doh berwarna, campur dan bulatkan sebesar guli. Atau canai setiap doh berwarna dan tindihkan antara satu dengan yang lain. Kemudian dipotong setengah inci persegi. Ambil setiap persegi doh dan bulat2kan seperti dalam gambar contoh.
  7. Susun diatas dulang pembakar dan bakar selama 20 min pada suhu 160C.

8. Golekkan kuih bikut dengan gula halus dan masukkan ke dalam paper cup. HABIS!

 Saya mengunakkan oven berjenama "ZANUSSI". :)
  
 





Masukkan dalam bekas. :)
Adik saya tolong tau! Bukan dia tau makan jerr...hehehe :D

Saya malu sebab saya pakai baju pejama. XD Saya pakai baju pejama sebab saya buat ni masa malam ramadhan.

Adik saya yang paling kecil pun tolong. Cutekan dia. ^c^


Ni baru biskut yang baru panas kan tu. Lepas tu kene golekkan dekat gula halus. :)
Tu saha ja yang saya nak ceritakan. BYE!!!!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan